Executive Development Program

April 8, 2010

Executive Development Programme

Filed under: Executive Training Program — secenter @ 4:00 am
Tags:

Siri Latihan Pembangunan Executive

Program Siri Latihan Pembangunan Eksekutif ( Executive Development Programme ) merupakan inisiatif syarikat SEC dalam membekalkan latihan kepada individu dan organisasi yang mencari-cari peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang yang diceburi serta memajukan diri dan ingin membentuk keyakinan dalam diri mereka. Melalui latihan EDP ini, peserta akan diberikan latihan dalam kelas yang merangkumi pembelajaran secara interaktif dengan penceramah dan juga kerjasama dalam kumpulan. Program ini merangkumi 14 modul utama dan dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dan mahir dalam setiap modul latihan EDP. Antara aktiviti yang dijalankan adalah untuk menambah kemahiran dan kualiti yang dapat meningkatkan kemahiran, menguruskan kerja, dan tanggungjawab penting dalam menguruskan kerjaya mereka.

Nama Program : Siri Latihan Pembangunan Eksekutif (Executive Development Programme)
Penceramah : Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Modul Program EDP :
Modul 1 : Motivasi Dan Pemikiran
Modul 2 : Komunikasi Interpersonal
Modul 3 : Kemahiran Penyampaian Berkesan
Modul 4 : Pengurusan Kerjaya
Modul 5 : Pengurusan Masa
Modul 6 : Khidmat Pelanggan
Modul 7 : Pengurusan Projek
Modul 8 : Pengurusan Operasi
Modul 9 : Pengurusan Pejabat
Modul 10 : Penampilan Professional
Modul 11 : Pemikiran Kreatif Dan Kritis
Modul 12 : Asas Keusahawanan
Modul 13 : Jualan Dan Pemasaran
Modul 14 : Pentadbiran
Modul 15 : Pengurusan Kewangan

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program EDP ini ialah:
1. Meningkatkan penawaran pekerja yang mempunyai kemahiran
2. Meningkatkan pengetahuan pekerja dan menambahkan kemahiran mereka mengikut kehendak dan keperluan semasa
3. Melengkapkan pekerja dengan kemahiran terkini agar tidak tertinggal dengan peredaran zaman
4. Meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja
5. Melengkapkan peserta dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk mencari pekerjaan
6. Melahirkan keinginan dalam diri yang menebal untuk menjadi insan cemerlang
7. Membina keyakinan diri bagi memahami potensi diri yang ada dalam diri peserta
8. Memberikan teknik-teknik komunikasi interpersonal berkesan kepada peserta
9. Memberikan teknik-teknik pengurusan masa berkesan kepada peserta
10. Melengkapkan peserta dari segi mental dan fizikal dalam alam kerjaya

Methodologi:
Antara pendekatan yang digunakan dalam pelaksanaan program ini adalah:
1. Latihan melalui pembelajaran dalam kelas bersama penceramah dan kerjasama dalam kumpulan, untuk membolehkan peserta lebih memahami setiap modul dengan berkesan
2. Penyampaian interaktif dan dua hala – Penyampaian bersama penceramah dan peserta, supaya pemahaman dapat ditingkatkan
3. Kerjasama dalam kumpulan – Membiasakan peserta untuk bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan hubungan antara peserta
4. Bermain peranan “Role Plays” – Memastikan peserta dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam dunia sebenar
5. “Experiental Learning” – Mempelajari modul melalui gambaran dan contoh yang sebenar
6. Aktiviti luar “Outdoor Activity” – Meningkatkan daya saing dan produktiviti peserta

Sasaran Program:
1. Golongan yang telah bekerja dan ingin meningkatkan kemahiran mereka
2. Organisasi yang memerlukan latihan untuk pekerja
3. Pelajar lepasan sekolah, sijil, STPM, diploma dan Ijazah yang ingin meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri mereka

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Latihan Pembangunan Eksekutif ( Executive Development Programme ), anda boleh melayari laman web utama Success Excellence Center – http://www.success-excellence-center.com atau hubungi kami di talian – 088- 245399 / 088-245377.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: