Executive Development Program

Teambuilding (Bina Pasukan)

Pasukan merupakan sejenis kumpulan yang khusus. Menurut Greenbery dan Baron (1995) pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan yang keahliannya memiliki kemahiran yang saling bergantung dan komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara bersama. Sesebuah organisasi / syarikat lazimnya mempunyai ahli yang boleh dikatakan sebagai pasukan. Pasukan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi / syarikat. Ini adalah kerana pasukan mempunyai banyak kelebihan daripada individu secara perseorangan. Kelebihan begitu ketara dari segi pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja dan pengembelingan kerja. Oelh yang demikian, kerjasama berpasukan amat penting terutamanya dalam melaksanakan sesuatu program mahupun aktiviti. Program Teambuilding mampu mencapai kejayaan (al-falah) diri dan kerjaya.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengurusan secara participative management dan kolektif lebih produktif dan berjaya daripada secara individu. Ramai pekerja masa kini menuntut hak mereka untuk bersama-sama membuat keputusan dan mengambil bahagian dalam menetukan masa depan organisasi mereka. Penerapan pasukan kerja merupakan yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Pasukan kerja merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergenik untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Pasukan kerja akan membolehkan organisasi meningkatkan sumber atau kemahiran.

Oleh yang demikian, program Teambuilding ini perlu dilakukan bagi menjayakan kerja berpasukan yang mampu meningkatkan kualiti sesebuah organisasi / syarikat. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bagi memnuhi objektif utama. Pelbagai aktiviti akan disediakan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan bekerjasama di kalangan ahlinya.

Objektif Program Teambuilding:
Bagi menajayakan program ini, ia memerlukan objektif yang kukuh dan jelas bagi memudahkan organisasi yang terlibat memahami objektif utama program ini dilakukan. Oleh itu, beberapa objektif utama telah dikenalpasti iaitu:
1. Membangunkan individu kearah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi, menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, dan mengharmonikan diri dengan alam murni ciptaan Ilahi.
2. Penumpuan kepada aktiviti yang dapat mencapai matlamat untuk membentuk komuniti dan umat yang membangun dengan Islam.
3. Interaksi dan perbincangan berkumpulan dengan aktiviti lasak dan khidmat bakti dalam mencapai matlamat utama iaitu membentuk individu dan organisasi yang cemerlang.
4. Memahami bagaimana personaliti, jantina, dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran dalam menyuburkan sifat ehsan dan membantu mereka membangkitkan semangat yakin diri serta kegembiraan di kalangan mereka.

Faedah Program Teambuilding (Bina Pasukan):
1. Memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berpanjangan diantara ahli dalam sesebuah organisasi.
2. Memberi peluang kepada ahli dalam organisasi bebas memberikan pandangan dan bersuara dalam memberikan pandangan dalam sesebuah aktiviti.
3. Memperkukuhkan hubungan diantara ahli dalam sesebuah organisasi terutama dalam mendapatkan kerjasama.
4. Membentuk masyarakat yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembentukan Negara maju.
5. Melahirkan masyarakat yang bersifat pemimpin dan berketerampilan.
6. Memperkasakan masyarakat di Malaysia.
7. Membentuk diri individu mahupun kumpulan yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental.
8. Membina benteng dalam diri individu serta kumpulan dalam mengharungi cabaran di dunia.
9. Melahirkan individu dan kumpulan yang kental dan serba boleh.

Methodologi / Pengisian Modul – Pendekatan melalui 4 aspek:
1. Pasukan Cemerlang
- Membina pasukan cemerlang
- Ciri-ciri pasukan cemerlang
- Aplikasi ciri-ciri pasukan cemerlang menurut kajian 10 pasukan yang berjaya
2. Mengenali Peranan Individu Dalam Pasukan
- Membawa perwatakan dalam pasukan
- Mengenali diri
- Mengenali pasukan yang akan berjaya
3. Mempertingkatkan pasukan organisasi atau syarikat cemerlang dan gemilang
- Penglibatan individu dalam mengoptimiskan kumpulan agar menjadi pasukan yang cemerlang
- Membentuk masyarakat yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembentukan Negara maju
- Melahirkan masyarakat yang bersifat pemimpin dan berketerampilan
4. Amal JAMAI’E (dalam konteks islamik)
- Melihat ciri-ciri pasukan Rasulullah s.a.w dalam konteks organisasi ke abad 21
- Mencontohi empayar Islam ketika zaman kegemilangan Islam di masa dahulu
- Pasukan Islam di dalam sesebuah organisasi

Aktiviti Tambahan:
1. “Fear Factor” (Mengatasi faktor ketakutan)
- Membentuk jati diri yang kuat serta mampu mengawal emosi dalam pelbagai situasi
- Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan bagi mengenal pasti masalah dan halangan dalam mencapai kejayaan.
- Permainan ini merupakan latihan dalam kumpulan bertujuan menilai sejauhmana keberanian dan kekuatan emosi seseorang mahupun berkumpulan bagi mengatasinya
2. “Mini Explorace”
- Permainan dalam kumpulan
- Ujian pemikiran serta membentuk kumpulan yang kuat dalam mencapai misi atau matlamat kumpulan
- Teknik pemikiran yang pantas serta menggunakan kekuatan fizikal bagi menyelesaikan masalah
3. Jungle Tracking
- Kecergasan fizikal amat penting dalam membentuk kumpulan yang berjaya
- Menguji kemampuan kumpulan serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
- Cabaran ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada kesukaran hidup dan keberanian dalam memajukan diri serta kumpulan
- Melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t serta menghargai ckehijauan alam sama ada flora atau fauna
4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Menyelesaikan kertas kerja
- Menganalisa masalah serta mencari jalan penyelesaian
- Teknik penyelesaian masalah dengan lebih berkesan
5. Cabaran Padang Pasir
- Ujian Pemahaman
- Memahami kes atau artikel yang diberikan
- Mengesan permasalahan yang berlaku
- Penyelesaian masalah secara rasionalnya
6. Kapal Terbang Pejuang (Jet Fighter)
- Permainan dalam kumpulan
- Menggunakan alat seperti kertas, warna, pembaris, gam, pen, pensel dan sebagainya
- Melihat kecekapan dalam kumpulan bagi menyelesaikan tanggungjawab yang diberikan
- Menguji ketelitian kerja dalam kumpulan
- Meningkatkan daya saing serta kepakaran dalam sesuatu bidang
7. Presentation Skills
- Para peserta kursus akan diberikan pendedahan teknik pengucapan yang berkesan. Pengucapan yang baik akan memberikan kekuatan kepada seorang pemimpin.
8. IQ Test
- Mengenal tahap kekuatan dan kelemahan diri. Modul ini melihat sifat dan sikap sesorang dan cuba untuk mengatasi kelemahan
9. Tayangan Multimedia
- Aktiviti ini dijalankan di dalam dewan. Tayangan multimedia berkaitan pembentukan jati diri yang unggul dan paparan multimedia yang bersesuaian dengan obejktif program

Kumpulan Sasaran:
1. Terbuka kepada umum atau badan-badan awam yang berminat untuk mengadakan program umum
2. Organisasi atau kumpulan professional yang ingin mengadakan program bina pasukan untuk pekerja

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Teambuilding ( Bina Pasukan ), anda boleh melayari laman web utama Success Excellence Center – http://www.success-excellence-center.com atau hubungi kami di talian – 088- 245399 / 088-245377.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: